nuffnang

Tuesday, October 22, 2013

Nota kecil untuk kalbu

Kepada setiap 
penyair gundah
daun gugur pun 
sentiasa indah
- A. Samad Said. 

Dia tiba, mengukir senyum cinta lalu meletakkan majalah Solusi terbaharu di hadapanku. Kala membuka halaman pertama, tertera nota kecil berwarna ungu di atas penjuru. Hikmah dalam 7 helai nota kecil untuk kalbu yang selalu meminta nasihat, hikmah dalam senja-Nya.



“Assalamualaikum.

Syuhada

Apabila seorang dilanda rasa ingin kembali kepada Islam, bererti Allah yang sedang memanggil hatinya. 

Terima dan penuhilah panggilan itu kerana pada-Nya ada ketenangan dan kebahagiaan. Pandanglah hari depan dengan penuh keyakinan kerana apabila kita bersama Islam, Allahlah “teman” kita sepanjang perjalanan itu. 

Tidak ada kesunyian, kekecewaan dan keserabutan jiwa di jalan kebenaran dan kebaikan. InsyaAllah. Tekad dan sabarlah…

…semua godaan dan halangan adalah sementara. Pilih kawan dan teman yang baik. Kekal dalam majlis ilmu. 

Dan jauhilah tempat yang boleh mengimbau kejahatan yang telah kita tinggalkan. 

Jaga Allah… 

Melalui rasa solat dan al-Quran. 

Berdoa jangan alpa… bermujahadah jangan mengalah. 

InsyaAllah, selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah menuju kita. 

Amin.” 

Selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah menuju kita. Allahu :')

-----
Berkata Rasulullah. “Agama itu terbina atas dasar nasihat menasihati.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, untuk siapakah nasihat itu?” Jawab baginda, “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, para pemimpin Islam dan semua umat Islam.” (HR al-Bukhari dan Muslim) 

Terima kasih Ustaz. Uhibbuki fillah, kakak. :-)

No comments: