nuffnang

Friday, November 1, 2013

Karya falsafah dan kita

“Life is both sad and solemn. We are led into a wonderful world, we meet one another here, greet each other---and wander together for a brief moment. Then we lose each other and disappear as suddenly and unreasonably as we arrived.” 
 –  Jostein Gaarder, Sophie's World.


Kembali aku selak halaman demi halaman karya-karya terjemahan Jostein Gaarder – Appelsinpiken (Gadis Oren) dan Sophie World. Aku juga amat menyenangi karya Hermann Hesse – Siddhartha, dan juga novel Things Fall Apart. Sebenarnya aku baru perasan pada diri aku sendiri, entah, lewat kebelakangan ini aku menggemari novel-novel falsafah. ^^

Persoalan-persoalan yang bergulir dalam karya falsafah dinaratifkan dengan cukup cantik dan natural. Persoalan yang maha penting dijelmakan seperti – apa tujuan kita dihidupkan? Ke mana akhir hidup ini? Dan mengapa manusia dihidupkan di dunia ini? 

kata Sophie:

“I believe there is something of the divine mystery in everything that exists. We can see it sparkle in a sunflower or a poppy. We sense more of the unfathomable mystery in a butterfly that flutters from a twig--or in a goldfish swimming in a bowl. But we are closest to God in our own soul. Only there can we become one with the greatest mystery of life. In truth, at very rare moments we can experience that we ourselves are that divine mystery." 

Menikmati novel-novel falsafah cukup bermakna buat diri untuk mempelajari sesuatu yang sebenarnya telah hilang daripada dalam diri kita sendiri. Ia memberikan kita ruang untuk mentafsir diri sendiri dalam menaakul persoalan yang menuntut jawapan kepada pencarian hakikat diri. Karya falsafah telah mengajar tentang erti kehidupan dalam sisi yang cukup cantik (dengan memberikan ruang yang luas kepada akal untuk meneroka sesuatu, dan kepada kalbu untuk merasai sesuatu.)

untuk Sophie yang sering tertanya-tanya tentang kehidupan;

dan

untuk kita (dan diri) sebenarnya dalam mencari hakikat diri, hakikat insan dan hakikat Tuhan; jawapannya ada kalam Quran --

“Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah.” (Surah al-Dhariyat ayat 56).

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah ayat 30)

Cerita Nabi Ibrahim yang bernuansa Islam lebih indah sebenarnya jika dibandingkan dengan cerita Sophie yang berlatarkan barat. Kisah Nabi Ibrahim yang berusaha mencari Tuhan yang sebenar di tengah-tengah masyarakatnya yang menyembah berhala.

Dalam Surah al-An’aam, ayat 75 hingga 83. 

“Dan demikian Kami perhatikan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi, dan (Kami memperlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin.” 

dan sungguh, perjalanan yang paling sulit adalah perjalanan dalam hati, dalam mencari dan menemui diri sendiri. 
:-) 

4 comments:

Fakhai Md said...

Syu, tahniah atas penerimaan Hadiah Sastera Darul Ta'zim kesembilan!

Aina Nabila Ahmad said...

Tahniah seribu tahniah adinda Su. Moga hari-hari mendatang Su lebih berjaya dan terus berkarya.

P/s: Dua buah buku itu kegemaran kak, terutamanya Gadis Oren!!!

Nur Suhada ✿ said...

@Fathul:

Alhamdulillah, terima kasih! :)

Nur Suhada ✿ said...

@Aina Nabila Ahmad:

Alhamdulillah, terima kasih kak. Doa untuk kak Aina juga, terus lestari menjejak denai sastera. :)

Iya. Kak pernah cerita dulu yang akak suka pada novel Gadis Oren. Sekarang jadi kegemaran su juga!

:D