nuffnang

Sunday, December 29, 2013

I love a being muslimah

Malam, sambil melihat tanaman pokok cili dan serai yang ditanam sudah semakin membesar di luar rumah, aku mula merenungi apa sahaja yang sudah aku lakukan selama ini. Meresapi perjalanan yang sudah aku lawati dan yang akan aku lalui nanti. Menyelami hati yang semalam, hati yang sekarang dan kembara hati esok hari. Masih sama atau sebaliknya? 

Merenung wajah malam, lalu terkenang. Selepas bercerita tentang Khaulah Al Azwar, seorang sahabat berkata; 

"Hati seorang muslimah itu hati yang sentiasa istiqamah mendekati Allah. Hati yang sentiasa mujahadah daripada lelah. Hati yang sentiasa merenungi hikmah. Hati yang sentiasa indah menghayati ibrah. Hati yang sentiasa tersenyum merasai mahabbah-Nya." 

Bagaimana dengan hati ini? 

"Muslimah itu beraninya di mana? Beraninya penuh iman. Berani dalam mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Kehormatan yang dia jaga dengan penuh cinta." Senyumnya berbunga. 

Hati, bagaimana dengan pakaian diri? Pakaian taqwa? 

"Muslimah itu tidak dilihat dari seberapa besarnya ujian yang ia jalani tapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan rasa penuh kehambaan kepada Allah." 

Hati, bagaimana respon hati ketika ujian diturunkan? 

"Hati muslimah mengharum dengan agama. Meranum dengan sabda. Meranum dengan firman-Nya." 

Hati, sudah meranum, sudah mengharum? 

"Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.  Tak ke rasa kita ni sangat istimewa dan bersyukur bila Allah jadikan kita sebagai muslimah?" 

Hati, sudah bersyukur? 

"I love a being muslimah." Senyum. 

ya.

Allah, i love a being muslimah. 

“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah memudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia." HR Tirmizi

Hati, dunia ini ibarat bayang-bayang manakala akhirat pula adalah mentari. Semakin asyik kita mengejar bayang sendiri, maka semakin jauh kita daripada sang mentari. Sebaliknya, jika si mentari yang kita kejar, bayang-bayang pasti akan turut serta. Hati, apa yang kau kejar? 

Di sinilah, di dalam dada
menetes temurun cintaku bara hidup
Di sinilah di dalam jiwa
mengalir hasratku mengikuti petunjuk-Mu
mengikuti petunjuk-Mu.
- Di Manakah Matahari, Ebiet G. Ade

Rabbi, dengan sebatang pensil, izinkan aku menulis nawaituku di dalam halaman hati. Nawaitu yang sudah meneguh, hanya pelaksanaan yang tertangguh. Padamkanlah bahagian tidak sempurna untuk Kau gantikan dengan perancangan yang lebih baik. Tulisan-Mu, adalah takdir-Mu. 

"Hasbunallah wa ni'mal wakil." Cukuplah Allah penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung. (Ali Imran: 173).

























2 comments:

syuk said...

nice update. follow me back k. :)

Nur Suhada ✿ said...

Sudah membalas kunjungan. Terima kasih.