nuffnang

Wednesday, February 5, 2014

Cerpen Bayang dan Cahaya di Dewan Tamadun Islam

Januari yang manis, dengan izin-Nya karyaku tertulis. Alhamdulillah, cerpen Bayang dan Cahaya tersiar di dalam majalah Dewan Tamadun Islam, Bil 1 2014. 
---
Kisah Syu dan Naj
Naj sang mujahid yang gugur syahid
Syu penghidap halusinasi
yang hidup dikelilingi bayang 
sebelum menemui cahaya
dakwah yang menembusi hati suami
akhirnya menembusi hati seorang isteri
demi cinta, agama dan perjuangan
bangkit menjadi mujahidah
mengikuti jejak para syuhada di bumi anbia. 



Cetusan:

(i)
Sangat cantik Allah melukiskan kehidupan untuk hamba-Nya. Hari semalam yang gelap tidak sama dengan hari ini yang mula disuluh cahaya. Ada cerita seorang teman yang sudah lama kamarnya tidak bercahaya kerana lampu biliknya rosak. Dia bercerita betapa peritnya hidup dalam bilik yang gelap tidak berlampu. Tiada cahaya, hanya dia dan bayang bayang yang terpantul di dinding. Tapi entah kenapa, entah kekangan apa yang menyebabkan baru sekarang dia dapat membeli lampu baharu. Setelah sekian lama, ketika suis dihidupkan… 

TIK! 

Cahaya terang. Bayang bayang hilang. Hanya dia dan cahaya.

Ya, antara kita ada bayang dan cahaya. Semakin kita mengejar bayang semakin hilang. Semakin kita mengejar cahaya, semakin kita menemui titik terang. Begitulah perumpamaan antara kita dengan dunia dan akhirat. 

(ii)
Terkesan dengan sabda Rasulullah; “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka.” Malunya menganggap diri sebagai umat Nabi tapi tidak pernah memberi apa-apa sumbangan walaupun sekecil perkara untuk kemaslahatan umat Islam. Kata seorang ustaz yang aku temui dalam majlis ilmu; “Pada waktu sekarang jihad yang boleh umat Islam lakukan adalah perang pena dan tulisan, perang pemikiran, perang media dan hiburan. Jangan meremehkan kebajikan walau sekecil apa pun. Maknanya sekecil-kecil kebaikan yang kita buat tetap Allah pandang. Berdoalah semoga Allah meredhainya.” 

Meskipun kita bukan pahlawan yang berperisaikan pedang tapi kita boleh menjadi penulis yang berperisaikan penulisan. 

6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

thanks for this great piece of sharing, menarik ni...

Rozalia Rajali said...

salam perkenalan...

Tetamu Istimewa said...

Tahniah, Sue. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Nur Suhada ✿ said...

@Farah Waheda Wahid:

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat buat kakak :)

Nur Suhada ✿ said...

@Rozalia Rajali:

Salam kenal juga. :)

Nur Suhada ✿ said...

@Tetamu Istimewa:

Terima kasih bang Helmi. Tak pernah putus menyokong Sue. Karya pertama 2014, hehe alhamdulillah :)