nuffnang

Monday, October 20, 2014

Bebel Bebal


Di KL Zine dataran underground, aku bertemu semula dengan sahabat sekelasku dahulu. Aku terkejut. Bukan sebab wajah dia yang semakin mirip Wak Doyok, tetapi sebab kagum melihat betapa banyaknya buku dan zine dia yang dijual di booth serak-serak. Dia sebelum ni banyak beri karyanya secara percuma pada aku. 

Dan kali ini? 

Err. Kali ini tidak. Bukannya dia tak bagi. Tetapi, aku yang tak mahu. Kali ini aku betul-betul nak support. Nak support karyanya yang entah ke berapa. Aku sampai tak terkira. Sejujurnya, aku bangga dengan diri dan usahanya yang terus berjuang dalam bidang penulisan. Bak kata-katanya dalam Bebel Bebal #2;

"Buat kerja menulis yang dibajai dengan hati ikhlas, rupa-rupanya memang tak kaya. Dengan wang yang aku dapat masa tu memang tak kan mampu atau dapat beli Bugati Veron ataupun memenangi hati Felixia Yeap. 

Tapi aku puas.

Daripada kita tulis seikhlas mana dan mengharapkan kekayaan dan kemasyhuran semata. Yang kaya, tetaplah jarigan kapitalis yang melampau." 

Kalau nak beli zine Bebel Bebal ni, bolehlah beli terus dengan penulisnya: Pitri al Fateh Zainon. 

Belilah. Insha Allah tak rugi. :) 

No comments: