nuffnang

Tuesday, November 11, 2014

Hilang

Tempoh hari barangmu hilang
dicuri orang

barang yang menjadi penghubung
untuk kau buat panggilan

kau tidak mengeluh
malah aku yang menangis
mendengar ceritamu
kerana katamu;
"Tidak kuat iman seseorang
jika tidak diuji."

aku tersenyum
kau memang kuat, sahabat

Tuhan mengambil sesuatu darimu
kerana Dia mahu memberikan sesuatu
yang lebih baik untukmu

Tuhan ingin menegurmu, kataku
tiada panggilan yang lebih penting
selain panggilan dari-Nya

Tuhan ingin menasihatimu
ada waktu bersama-Nya
yang mungkin telah kau curi
untuk urusan duniawi

sahabatku
hanya barangmu yang hilang
sedang Tuhanmu tidak pernah 
berganjak dari segenap ruang.

Nur Suhada
5 Nov 14

1 comment:

MegaImaginasi said...

tiada ujian tiada tahu kejujuran