nuffnang

Tuesday, December 2, 2014

Hari Konvoku

Hari ini hari konvoku. Hari di mana aku menyarung jubah, naik ke atas pentas dan menerima segulung diploma. Entah bagaimana rasanya dan entah apakah perasaan yang aku rasakan kala ini, sungguh kuat menghujani jiwa. 

Tuhanku Yang Maha Pengasih, yang memberiku rezeki untuk menuntut ilmu, tiga tahun yang berlalu tidak cuma ilmu dunia yang kupelajari, tetapi aku belajar makna hidup, aku belajar menyelami jiwa manusia, aku belajar mengenali diri dan aku belajar mengenali-Mu dengan lebih dekat, Rabb. 

Aku yang serba jahil dan aku yang serba miskin, aku cuba berjalan ke arah-Mu walau sering kali jatuh, tetapi Kau berlari laju ke arahku. 

Untuk tiga tahun, itulah yang paling bermakna untuk diriku. Detik waktu yang paling jauh untuk mengenali siapa aku. Detik waktu yang paling sulit untuk mengenali siapa Tuhanku. 

Hari ini hari konvoku. Hari di mana emak dan abahku menyimpan tangisnya di balik redup mata yang penuh cinta. Hari di mana aku dipeluk dan hujan di langit mataku mulai membasah. Hari di mana aku benar-benar sedar betapa susah payahnya mereka menyekolahkan aku, perit sakitnya mereka mendidikku agar aku cukup ilmu dunia dan akhirat, agar aku tahu fokus utama kehidupan ini ialah ALLAH. 

Restu emak abah yang mengiringiku, semoga reda Tuhan menemani langkahku. 

Maka, tiada lagi nikmat Tuhan yang dapat didustakan. 

Untuk tiga tahun lagi, di jalan tarbiyah ini, di tempat yang seperti dulu lagi, aku mencari ilmu duniawi untukku lengkapi ilmu mengenali-Mu, Allah. Saat ini, dan saat hari konvoku tiba lagi, bukan ijazah pendidikan yang ingin kuterima, tetapi aku menginginkan ijazah taqwa daripada-Mu. 

Bismillah. Pimpinkan aku untuk terus berjihad menuntut ilmu, Tuhan. 

Pimpinkan aku agar aku mampu memberi sesuatu untuk ummah. 

1 comment:

Khalid said...

Letaklah sekali gambar Su pakai jubah konvo. Mesti cun kan? Kan, kan?