nuffnang

Monday, December 22, 2014

Surah Asy-Syu’araa dan Penulis



dalam al-Quran, terdapat sebuah surah khusus yang memperkatakan tentang Para Penyair, iaitu surah Asy-Syu’araa. 

hmm, surah yang banyak memperihalkan akan kisah beberapa orang nabi dengan umatnya seperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim,  Nabi Nuh dan  Nabi Hud. 

dan yang paling menarik ialah kandungan penutup surah ini, iaitu dari ayat 224 hingga 227.

terjemahannya?

"dan penyair-penyair itu diikuti orang-orang yang sesat (26:224); 

tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah (26:225); 

tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka suka menyatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya? (26:226); 

kecuali orang-orang, yakni penyair-penyair, yang beriman dan beramal soleh dan menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali (26:227)." 

dan Rasulullah pun menyukai puisi. Syair Ibn Rawahah, syair gubahan Umaiyah Ibn Salt. Allah pun beri ingatan kepada penulis dan pendakwah dalam surah al-nahl ayat 125. 

dan kenapakah Allah menurunkan ayat ini? Bukankah penyair pada zaman nabi iaitu Hassan tsabit tugasnya untuk menentang segala fahaman dan ideologi kafir? 

dari Aisyah R.A, ia berkata: 

Rasulullah S.A.W. meletakkan sebuah mimbar di masjid untuk Hassan (Ibn Thabit) mengucapkan syair menentang ejekan kaum kafir terhadap baginda. Kemudian baginda bersabda: 

"Sesungguhnya Roh Al-Quddus bersama Hassan selama ia mempertahankan Rasulullah". 

lalu kita sekarang? aku? aku buat apa?

menulis untuk ummah. 

bukan untuk diri sendiri. 

nak tarbiah ummah? 

tarbiah diri sendiri dulu! 

deep. 

memang bukan senang sebab sampai bila bila pun kita tak sempurna. 

tapi kita ada kecukupan. yang selalu bergerak untuk ke arah mencukupkan itu. 

itu kan sudah lebih dari sempurna. 

diri, ingatlah selalu. 

semoga Allah reda dengan setiap tulisanku. Ameen. 

:')

2 comments:

Ikhwan Zall said...

Semoga Allah redha dengan apa yang saya dan ukhti tuliskan buat ummah ..

Santri Keblinger said...

اللهم استجب