nuffnang

Thursday, January 1, 2015

Azam seorang perempuan di tahun baharu

Dah masuk Januari 2015. Umur dah bertambah. Dan perca perca hidup pun akan berubah. Cebisan kisah yang masih sama, si perempuan pencari tuhan;

* * *
dia: selamat menghampiri jodoh kita dengan mati! 

aku: bukan setiap hari jodoh kita dengan mati? Bukan cuma pada tahun baru! 

dia ketawa. 

dan aku terkejut dengan profile picture whatssappnya. 

aku: Tu, gambar purdah siapa? Tak kan kau tiba-tiba berubah terus pakai purdah?

dia: haha. Pelik ke? Gambar kawan. Aku tengah menyusul. Teringin weh.

aku: Ya Allah, betul ke kau ni cousin aku? 

dia: haha. Kenapa?

aku: serius, betul kau teringin? Mata aku tiba tiba masuk pasir.

dia: kawan aku seorang demi seorang dah mula jalan ke sana. Aku ni bila? 

aku: T__T

dia: kakaka. Kau mesti tak sangka perempuan macam aku ni tiba tiba boleh teringin benda luar alam macam ni kan?

aku: siapa tahu baiknya kita hari ini akan kekal sampai kita mati? Dan siapa yang tahu jahatnya kita hari ini akan berubah hati sebelum dijemput Ilahi? 

dia: apa yang Dia nak tunjuk?

aku: Allah tengah panggil kau. Dan Allah dah bukakan semula jalan. Nak sambut tak panggilan tu?

dia: nak mulakan macam mana?

aku: mulakan dari sekecil-kecil perkara? Tarbiah hati dulu. Periksa yang dalam dulu sebelum yang luar. Muslim practicing. Step by step.

dia: macam susah, kan? Tak apa, aku cuba. 

aku: perlahan-lahan weh, janji gerak. Allah tengok usaha. 

dia: nak peluk kau boleh? Rasa mata aku pun dah masuk pasir. 

berjalanlah perlahan-lahan ke arah-Nya wahai sepupuku, seribu langkah Allah akan menghampirimu. 

* * *
itulah azam seorang perempuan yang baru nak mula menapak jalan di tahun baharu. Seorang sepupu yang dahulunya dia tidak begitu, langsung tidak pernah berbicara seperti itu. Betullah, hati manusia itu Allah yang pegang. Siapakah kita nak menilai? 

ya muqallibal qulub. thabbit qulubana a'la dinik

ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami atas agama-Mu. 

Ameen.

azam perempuan yang ini? (sambil menunjuk pada diri);

moga dia sentiasa mengingati jodohnya dengan mati, persediaan pertemuannya dengan Ilahi dan persediaan menyerahkan hati pada seseorang yang akan memimpinnya ke syurga nanti. 

moga dia sentiasa berpegangan tangan dengan orang-orang yang baru nak mula melangkah ke arah sana. 

;')

No comments: